PENGENALAN:

Seperti yang mungkin tuan/puan sedia maklum, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia telah melaksanakan program pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) secara Pengajian Berteraskan Hasil (Outcome Based Education, OBE) sejak 4 tahun yang lalu.  Sistem ini merupakan proses yang perlu dilaksanakan sebagai keperluan akreditasi program seperti yang disyaratkan oleh Engineering Accreditation Counci, EACl Malaysia dan Washington Accord.  Untuk makluman, Malaysia telah berjaya menjadi ahli Washington Accord pada tahun 2009.

Sebagai salah satu syarat yang telah termaktub dalam Washington Accord, maklum balas ibu-bapa terhadap program akademik yang ditawarkan adalah perlu.  Sebagai salah seorang ibu-bapa yang mempunyai anak yang sedang belajar di Pusat Pengajian ini, tuan/puan telah dipilih sebagai salah seorang responden terpenting.

Sehubungan ini, sukacita ingin saya mohon kerjasama tuan/puan untuk memberikan respon terhadap Borang Soal Selidik berikut.  Atas kerjasama dari tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Jangkaan masa untuk mengisi soal selidik ini hanyalah 5 minit.